Jenama Telefon Bimbit Telefon_bimbit

Kegunaan oleh agensi kerajaan

Penguatkuasa undang-undang

Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara. Di EU "komunikase semua telefon bimbit adalah direkod".[5] Di negara lain, bukti mengenai lokasi fizikal seseorang pada masa yang tertentu telah diperkenalkan dengan triangulating telefon bimbit seseorang antara beberapa menara telefon sel. Teknik triangulation ini boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu. Kerisauan tentang pengganas dan kegunaan teknologi oleh pengganas teleh mendorong pertanyaan oleh (British House of Commons) Home Affairs Select Committee mengenai bukti dari peranti telefon bimbit, mendorong kepada pakar forsenik telefon bimbit terkemuka untuk mengenal pasti teknik frsenik yang boleh guna bagi bahagian ini.[6] NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedure bagi pengekalan, penerimaan, pemeriksaan, analisa dan lapuran berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.[7]

Di UK pada tahun 2000 ia telah didakwa bahawa bahawa rakaman panggilan telefon bimbit yang dilakukan pada hari pengeboman Omaha adalah penting bagi penyiasiatan polis. Terutamanya adalah panggilan yang dilakukan pada dua telefon bimbit yang dijejak dari selatan sempadan Irish hingga ke Omagh dan balik semula pada hari pengeboman dianggap penting.[8]

Contoh lanjut mengenai penyiasatan jenayah menggunakan telefon bimbit adalah mengenal pasti kedudukan awal dan pengenalan akhir pengeboman kereta api Madrid 2004.. Dalam serangan itu, telefon bimbit telah digunakan bagi meletupkan bom. Bagaimanapun satu dari bom tersebut gagal meletup dan kad SIM (Subscriber Identity Module) dalam telefon bimbit memberikan petunjuk penting mengenai pengganas kepada penyiasat. Dengan menjejak kedudukan kad SIM dan menghubung kait dengan telefo bimbit lain yang telah didaftar dikawasan tersebut, polis mampu menjejak pengganas.[9]

Tindak balas semasa berlakunya bencana

Kerajaan Finland memutuskan pada 2005 bahawa cara terpantas bagi memberi amaran kepada rakyat mengenai amaran bencana adalah melalui jaringan telefon bimbit. Di Jepun, syarikat telefon bimbit memberikan amaran segera berkenaan gempa bumi dan bencana alam lainnya kepada pelanggan mereka secara percuma [10]. Dalam kejadian bencana, krew tindakan bencana boleh memastikan orang yang terperangkap dan tercedera melalui isyarat dari telefon bimbit mereka. Menu berinteraksi yang boleh dicapai mealui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya. Di Finland perkhidmatan penyelamat mencadangkan pengembara agar membawa telefon mobil dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesyen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas. Juga, pengguna di Amerka Syarikat boleh melanggan melalui pembekal perkhidmatan mereka perkhidmatan teks percuma apabila Amaran AMBER dikeluarkan di kawasan mereka.

Bagaimana, kebanyakan jaringan telefon bimbit beroperasi hampir sepenuh kapasiti semasa masa normal, dan peningkatan dalam jumlah panggilan yang disebabkan oleh bencana luas seringkali menengelamkan system ketika ia amat-amat diperlukan. Contoh yang dilaporkan dalam media bilamana perkasa sebegini berlaku adalah semasa serangan 11 September 2001, gempabumi Hawai, gangguan kuasa Northeast 2003, pengeboman London Tube 2005, Hurikane Katrina, dan keruntuhan jambatan Minnesota 2007. Dengan itu telefon bimbit lebih sesuai bagi kecermasan terpencil seperti kemalangan senjata.

Di bawah peraturan FCC, semua telefon bimbit mesti mempunyai keupayaan mendail perkhidmatan kecermasan, tanpa mengira kehadiran kad SIM atau status pembayaran pada akaun.